Khamis, 5 Disember 2013

SPM 2013 Settled Down


Hai dah dua hari tinggalkan kawan + cikgu + sekolah.. walaupun kawan yang official tak ramai manapun.. tapi aku rindu + bosan + buntu. Rindu kali ini lain macam je seperti nak ditinggalkan dalam jangka masa yang lama. Banyak kenangan manis yang tak dapat digambarkan pada masa jejak kaki di darjah 1 Ikhlas. Lepas itu, masuk plak tingkatan 1 Ibnu Sina dan masuk tingkatan 4 Delima ambil aliran Prinsip Perakaunan yang amat digemari.. Banyak juga kenangan pahit yang mengajar erti kehidupan, persahabatan, dan pelbagai gaya hidup di felda, pekan, dan bandar.. Aku rasa bersyukur sangat pada Allah atas segala nikmat yang diberi oleh-Nya.. Official Freind, Kawan, Hates,beloved teacher and unbeloved teacher.. Syukur sangat2, terima kasih buat lakaran kenangan ini untuk aku jadikan sebagai kenangan dan pengajaran buat diri agar menjadi insan yang lebih berguna dan baik. Terima kasih yang sentiada di sisi, begitu juga yang tidak menyukai diri ini juga terima kasih untuk mengajarku erti kesabaran juga kecekalan dalam mengharungi hidup-hidup ku ini. Biarlah segalanya menjadi kebaikkan buat aku dan juga buat kamu. Aku ikhlas dan memaafkan, begitu juga aku maaf kan aku atas kesalahan diri mahupun kekurangan diri yang kalian tak sudi. Aku hanya aku, menjadi diriku. Bukan untuk disukai tapi cukup untuk dihargai.








[with my beloved teacher Cikgu K, Cikgu Sue, Cikgu Ayu, Ustzah Intan, Cikgu Faizah]
 

Ahad, 22 September 2013

Musibah Mendidik Kesabaran


Kadang-kadang kita terasa tertanya-tanya kenapalah Allah menguji kita dengan situasi tersebut sedangkan kita rasa tak mampu mengatasinya..Ya, Allah Maha Bijaksana dalam mengatur percaturan kehidupan kita..Musibah atau dugaan yang diberikan sebenarnya mendidik kita agar lebih bersifat sabar, cekal, dan matang..Tiada manusia yang hidup tanpa dugaan atau cabaran..dan tiada dugaan yang tiada penyelesaian..Cuma dengan menggunakan kunci keSABARan, semuanya boleh terbuka..Dugaan bukan berbentuk kesusahan namun dalam kesenangan juga terselit ujian..maka kecekalan adalah kunci jawapnya..Percayalah Allah tidak sia-siakan keSABARan dan keCEKALan orang yang beriman dalam mengatasi musibah..Kita juga harus bangkit dari keSAKITan..Setelah sabar,cekal, dan bangkit dari musibah maka, Al-quran seteusnya..Haa..hairankan?? Al-Quran kan adalah ubat yang paling mujarab untuk segala kesakitan .Insha Allah ia akan dapat merasai kenikmatan ketenangan yang sukar untuk digambarkan..

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA 

MUHASABAH DIRI..

Rabu, 11 September 2013

Seribu Kebaikkan Dapat Dilupakan Dengan Satu Kesalahan


Satu kesalahan atau keburukkan diri kita mampu menghapuskan segala nilai murni dalam diri. Apa yang dilakukan teruskan kebaikkan walaupun dilupakan atau teruskan kesalahan?? Kebingungan sering melanda ..Hinakah?? Jijikkah?? atau memang tidak boleh dipercayakan lagi??.. Lumrah dunia kita sering melakukan kesalahan besar atau kecil..sengaja atau pun tidak..Walaupun kita cuba berubah ke arah kebaikkan namun tidak bermakna bagi mereka. Sabarlah dan lakukan ia dengan sebaik mungkin. orang melakukan kesalahan adalah insan yang hadapi suatu cabaran namun gagal..Namun, Allah tetap bagi kesempatan untuk mereka berubah dan hadapi cabaran baru iaitu "kalimat dan kata2 dengki' dari sekeliling kita..so jangan risaulah sesiapa yang nak menjatuhkan kita..selagi kita bertaubat dan istiqamah tidak melakukannya lagi, Allah akan lindungi kita dari segala anasir-anasir yang jahat..Make sure Allah is number one..

>RingkasTapiPadat<>ItuYangPenting<

Sabtu, 9 Mac 2013

Pantun Competiton


Dah lama tak kemas kini blogger ini, hari ini nak publish teks pantun aku time PESTA PANTUN pada peringkat sekolah dahulu.. aku adalah pemantun kelima..Okey mestinya kalian tak tahu apa kerja pemantun kelima kan ..mehh2 psang telinga   kalau ada suara.. jadi psang mata kalau ada teksnya..Tugas pemantun kelima adalah untuk memperkenalkan ahli pemantunnya iaitu pemantun 1,2,3,4 mudahkan, tapi beri kesan atau impak tau untuk pesaing kita, disebabkan "opening" pun dah gempak jadi gerun lah ahli lawan..dan teksnya adalah

Teluk cempedak tanjung bidara,
Tempat orang bermandi- manda,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Untuk hadirin hadirat semua.

Mukanya manis tidak terperi,
Bila tersenyum hati tertambat,
Adil Rezli nama diberi.
Mulut berbisa amatlah sangat.

Gadis perawan jangan tertawan,
Orangnya ayu bukan calang2,
Siti Umirah nama gelaran,
Mengorak langkah penuh gemilang.

Lagaknya megah ditengah persada,
lembut suara penuh santunan,
Dalili Damia pemantun kedua,
Tidak gentar dalam perjuangan.

Anak teruna bersila dilantai,
Menanti saat penuh debaran,
Shahren Mustaffar duduk  bersantai,
Sntiasa bersedia hadapi cabaran.

Gadis idaman Suhaida Supaat,
Wajah berseri menambat hati,
Dialah gadis pemantun keempat,
Penyeri dalam kumpulan kami.

Selesai sudah pengenalan diri,
Semua pemantun sudah dikenalkan,
mengapa harus ditunggu lagi,
gelanggang dibuka ayuh gegarkan.

(Disampaikan dengan lagu dikir puteri )

Tetapi kalian boleh jadi bina dua baris bawah itu mengikut kesesuaian ayat atau kemahuan penyampaian. Dua baris atas (ayat pembayang) itu yang kena kita bina yang agak susah, bila dah dapat pembayang baru mudah kita samakan ayat selanjutnya. Saya lampirkan sedikit ayat pembayang.

Apa guna meraut mengkuang,
Kalau hari masih tengkujuh,

Pagi-pagi menebas belukar,
Anak kedidi berlari-lari.

Bunga Melur dalam jambangan,
Menanti saat penuh debaran,

Anak mudah pulang ke desa,
Ibu dan ayah lama menunggu,

Meniti senja biasan mentari,
Menanti malam biasan rembulan, 

Cantik sungguh si bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya.

Dua baris ayat bawah itu kalian boleh lah gunakan untuk menjadikan kehendak penyampaian. Semoga sedikit memberi buah idea untuk kalian bina pantun iya. Kalah atau menang adat pertandingan yang penting kita mencuba yang terbaik untuk perjalanan perjuangan kita. Akhir kata, 

Langit terang cahaya bulan,
Jangan terlepas walaupun sesaat,
Ilmu dikongsi buat bekalan,
Agar hidup lebih bermanfaat.