Hai dah dua hari tinggalkan kawan + cikgu + sekolah.. walaupun kawan yang official tak ramai manapun.. tapi aku rindu + bosan + buntu. Rindu kali ini lain macam je seperti nak ditinggalkan dalam jangka masa yang lama. Banyak kenangan manis yang tak dapat digambarkan pada masa jejak kaki di darjah 1 Ikhlas. Lepas itu, masuk plak tingkatan 1 Ibnu Sina dan masuk tingkatan 4 Delima ambil aliran Prinsip Perakaunan yang amat digemari.. Banyak juga kenangan pahit yang mengajar erti kehidupan, persahabatan, dan pelbagai gaya hidup di felda, pekan, dan bandar.. Aku rasa bersyukur sangat pada Allah atas segala nikmat yang diberi oleh-Nya.. Official Freind, Kawan, Hates,beloved teacher and unbeloved teacher.. Syukur sangat2, terima kasih buat lakaran kenangan ini untuk aku jadikan sebagai kenangan dan pengajaran buat diri agar menjadi insan yang lebih berguna dan baik. Terima kasih yang sentiada di sisi, begitu juga yang tidak menyukai diri ini juga terima kasih untuk mengajarku erti kesabaran juga kecekalan dalam mengharungi hidup-hidup ku ini. Biarlah segalanya menjadi kebaikkan buat aku dan juga buat kamu. Aku ikhlas dan memaafkan, begitu juga aku maaf kan aku atas kesalahan diri mahupun kekurangan diri yang kalian tak sudi. Aku hanya aku, menjadi diriku. Bukan untuk disukai tapi cukup untuk dihargai.
[with my beloved teacher Cikgu K, Cikgu Sue, Cikgu Ayu, Ustzah Intan, Cikgu Faizah]