Hai apa yang anda lakukan untuk sambut Hari Kemerdekaan. Sejujurnya aku faham dengan semangat anda semua untuk menyambut Hari Kemerdekaan tersebut. Tetapi, aku paling benci akan sambutan yang pihak atasan buat. Apa tujuan KONSERT ? tukarkannya kepada Ceramah Hari Kemerdekaan.Tukarkannya kepada Doa Selamat buktinya bersyukur atas nikmat kemerdekaan serta doa buat pejuang negara dan bangsa. Tolong lah sedar pihak atasan jangan habiskan duit dan masa untuk menanti malam ni dengan pergaulan bebas dan melalak dengan benda yang mereka fikir itu erti MERDEKA. Apa salahnya kalau kita buat rumah terbuka atau kenduri doa selamat untuk semua lapisan generasi tanpa mengenal erti bangsa dan kaum. Ya, aku tak hiraukan jika anda mahukan laungkan lagu semangat untuk mengenangkan
perjuang yang terkorban dan detik manis pahit pejuang serta pemimpin untuk kecapi KEMERDEKAAN.
Aku suka tema KEMERDEKAAN tahun ni " Di Sini Lahir Sebuah Cinta" Dari cinta pejuang akan negaranya membuatkan kita MERDEKA. Begitu juga dari pemimpin kita yang berusaha kecapi KEMERDEKAAN tersebut, Maka dengan ini, aku bangga menjadi anak MALAYSIA. Bersyukur kerana dilahirkan dari kecil dengan kebebasan di Malaysia. Dan dengan coretan ini saya mohon agar pihak atasan kemukakan idea saya untuk KEMERDEKAAN yang ke-58. Serta saya harap rakyat MALAYSIA sedar atas berkat KEMERDEKAAN kita harus bangkit dan maju di aras pemodenan negara. Dan aku mahukan MALAYSIA akan menjadi NEGARA BEBAS DARI KEMISKINAN. Aku mahukan NEGARA berdiri diatas kaki rakyat yang berkualiti.Dan kepada pemimpin asas utama adalah KEJUJURAN dan SIMPATI kepada negara. Ingat tanggungjawab itu dituntut diakhirat kelak. Tanggunglah :) saya kemukakan ini atas buah fikiran saya.
SELAMAT HARI MERDEKA :)
Hye :) lama nya tak update blogger ni.. Maaf lah agak sibuk sedikit dgn nak cari kerja utk byar hutang lagi.. Ya Alhamdulillah, result SPM saya bolehlah untuk melanjutkan pelajaran, 3A 4B+ 1C+ 2D . Okey lah kan Hahahaha.. By the ways, anda semua sihat?? Just nak share pasal kata-kata bidalan orang dulu pasal :-
" Orang yang patut dibanggakan adalah orang yang berani meneruskan hidup, bukan berani utk mati "
Sebab hidup lagi sukar dari mati..mati sukar sekiranya kurang iman dihati..[TARBIYAH DIRI] Sejujurnya, lepas study ni terasa lah susahnya nak hadapi hidup ni walaupun disokong oleh keluarga.. Terasa mcam xsanggup nak hadapi lagi hidup ini.. Sukar untuk dijangkakan.. Ya saya muda lagi tapi terasa banyak sangat beban nak saya pikul. Banyak juga benda yang menjadi larangan untuk saya ikut. Dahulu masa kecik rasa ingin cepat jadi dewasa, tapi bila dah remaja terasa ngeri untuk hidup sebagai dewasa. Banyak keputusan yang perlu dibuat, bnyak bantanan yang perlu diakuri. Teruskan berjuang je wahai diri.
Rindulah dengan someone..hahaha dia mkin dekat dengan aku :) happy2 jugak..Permohonan UPU tak submit lagi..arghh banyak nya rintangan nak ambik kos ap?? dekat mana?? dengan siapa?? haa dengan siapa tak penting.. Apa kata anda semua kalau aku ambik kos "CULINERY ARTS" tapi ramai yang tidak setuju lah dengan kputusan yang aku buat..sekarang aku rasa malas untuk belajar lah..just nak buat kemahiran je :) Langkah pertama kehidupan pun masih bergoyang lutut untuk melangkah apatah lagi menjadi dewasa dengan keputusan hidup. Tak salah kan untuk kita mencuba asal,walaupun gagal tetap berdiri dan bangkit untuk teruskan kehidupan perlu diterus selagi nafas masih ada. tetap perlu harungi.