Isnin, 24 Oktober 2016

BAHANA MEROKOK, ADMIN TERJEBAK


Alhamdulillah semester 5, already done, but today admin nak share pasal I'M STARTED SMOKING . Jangan ikut langkahku, sememangnya permulaan awal merokok adalah satu benda yang tak bagus sebenarnya. Dan langkah untuk berhenti pun amat lah susah. Jujurlah, still now im smoking. walaupun admin dah janji dgn my mum tak merokok. But, im trying my best, slowly. Admin bukannya merokok dari primary or secondary school. But, baru tahun ini admin merokok. Cultureshock, admin tak rasa macam tu, sebab admin rasa faktor lebih terperinci adalah STRESS. Admin choose STRESS as my factor, im starting smoking. Apa lah sangat stress jadi seorang pelajarkan? 

Bila bertukar perenggan ini, lagi lah issue nak dibincangkan lagi specific lah kan. Di sebabkan sibuk dengan aktiviti dan program di universiti sejak menjadi MPP ini. Pointer pun mula merundum menyembah bumi. Tapi bukan disebabkan saya tak lakukan yang terbaik atau result teruk. Cuma banyak subject yang saya kena bar sebab tak cukup credit hour. Jadi terpaksa saya di bar dan tak dapat untuk menduduki peperiksaan hanya sekadar keegoan pensyarah dan kebiadapan diri ini. Boleh bayangkan sendiri lah, amat menyedihkan. Dengan hasrat tak nak menyusahkan my parents, saya ambk solusi sendiri untuk berkerja di cafe, PESTO PIZZA berdekatan dengan kampus. Almaklum, saya pun menetap di rumah sewa, satu lagi costing yang perlu ambil tahu. Sudah jatuh ditempa tangga, macam tu lah nasib. Berkerjalah saya sambil belajar. (8.00pagi hingga 4.00petang), class. (3.00petang - 11malam), waktu berkerja. Diberikan kesempatan datang lambat sedikit tapi gaji pn kena potong juga lah brother, kerja ikut jam kan.

Stress belajar lain, stress tempat kerja lain pula, ikutkan hati memang tak kuat. Tapi, niat hati tak mahu susahkan mak abah, kena kuatlah. Waktu itu call mak boleh dikatakan hari-hari tak pernah missed pun, Of cos lah, nak share cerita sedih saya kt mak. bila dengar bebelan dia, nasihat dia pnjang2 jela itu penawar buat diri. Stress belajar, bila saya tak attent class, biasa lah penat, overslept, and so on. Nak catch up balik smua chapter, balik kerja pukul 11. study tup tap tup tap 2pagi,3pagi. Pagi ad test,quiz. memang lebam biji mata. Tapi kita cuba lah buat yang terbaik. Kegigihan selalunya membuahkan hasil tak apa kita usaha sebaik mungkin ye.

Start dr itu, admin merokok. Mungkin dikelilingi orang yg merokok, colleagues, classmate, housemate. So, lagi kuat lah naluri ini, dahulu saya biasa dengan shisha, vaping. Lebih mudahlah untuk ketagih. Bahananya sekarang susah nak berhenti. Dulu bekerja, rokok tu mampu la beli, tpi sekarang memang susah lah jawabnya. Di saat itu, rasa lah susahnya.Apa pun stress kita, cuba lah ambil cara lain untuk selesaikan. Back to basic, meet Allah. Sebab itu ja ketenangan yang mampu kita miliki, ibu bapa juga penawar hati. Ya, sekarang korang tak rasalah penawarnya. bila merantau nanti perkara korang akan rindu bebelan, masakan, rumah. Saya penat dah merantau. Moral of story, ada masalah focus pada solution, bukan pada masalah. Ambil tindakan yang lebih efektif, fikir lebih matang, kehadapan. jumpa lagi semester akan datang.

Rabu, 19 Oktober 2016

Perjalanan Di Universiti

STUDY JOURNEY

Hi guys, rindu admin tak? Hari ini baru tergerak hati nak update story pada tahun ini 2016. First of all, sekarang admin nak update pasal perjalanan kehidupan di universiti. Alhamdulillah, seperti yang dijangka admin tak dapat memilih kos yang admin mahukan. Hanya patut dengan keputusan keluarga sahaja. Seperti biasa hidup patut di teruskan dan mencuba untuk menempuhinya. Tetapi saya  dikurniakan sahabat yang memahami, bertolak ansur, dan menyayangi. Sekarang saya dah semester 4, Business Study dekat UiTM Kedah. So, perjalanan kehidupan belajar amat memerikkan, melainkan korang tu anak dato, tan sri, and so on. Memang tak rasa susahlah belajar kan. 

Semester ini, saya agak struggle sikit nak meneruskan pengajian. Almaklumlah, student tak cerdik mcam saya ni. Tak selalu achieve pointer. maka, berkerjalah saya sambil belajar. Apa kena mengena dengan friendship goal. Alhamdulillah, dlm kesusahan menghadapi liku kehidupan, sahabat  juga faktor penting untuk lebih bersemangat. Bila selalu sedih, tak kuat hadapi dugaan, ibu bapa adalah penawar dengan bebel dia, nasihat dia yang menjela-jela, dan so on.

Dugaan berkerja lain, dugaan belajar lain. Tambahan pula, sekarang dah kena sewa rumah. Costing pun lagi tinggilah. Dugaan mematangkan pemikiran, menabahkan hati, lebih banyak bersabar, dan fokus pada penyelesaian masalah. Ya, semua orang boleh beri pendapat, tak semua mampu hadapi.Tapi percayalah walaupun keadaan berbeza, tapi solusi penyelesaian adalah sama. Okey lah itu sahaja nak share pada pembaca setia blogger aku, harap sedikit sebanyak ilmu dapat dikongsi, serta diguna pakai. Klau mahu TRICK hadapi masalah pasal belajar, kerja boleh kontak admin. 1001 alasan boleh diguna pakai. 

Semoga dengan semua kenangan ini mampu mengajar aku untuk lebih dewasa dan mengenali diri untuk lebih kuat dalam hadapi apa juga dugaan dan halangan dalam menepuhi alam pekerjaan nanti. Walaupun jatuh; bangun dan terus bangkit dengan senyuman untuk merasakan semuanya akan baik-baik sahaja. 
 
Dont forget to visit my instgram https://www.instagram.com/adlrzly/ .