Sabtu, 9 Mac 2013

Pantun Competiton


Dah lama tak kemas kini blogger ini, hari ini nak publish teks pantun aku time PESTA PANTUN pada peringkat sekolah dahulu.. aku adalah pemantun kelima..Okey mestinya kalian tak tahu apa kerja pemantun kelima kan ..mehh2 psang telinga   kalau ada suara.. jadi psang mata kalau ada teksnya..Tugas pemantun kelima adalah untuk memperkenalkan ahli pemantunnya iaitu pemantun 1,2,3,4 mudahkan, tapi beri kesan atau impak tau untuk pesaing kita, disebabkan "opening" pun dah gempak jadi gerun lah ahli lawan..dan teksnya adalah

Teluk cempedak tanjung bidara,
Tempat orang bermandi- manda,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Untuk hadirin hadirat semua.

Mukanya manis tidak terperi,
Bila tersenyum hati tertambat,
Adil Rezli nama diberi.
Mulut berbisa amatlah sangat.

Gadis perawan jangan tertawan,
Orangnya ayu bukan calang2,
Siti Umirah nama gelaran,
Mengorak langkah penuh gemilang.

Lagaknya megah ditengah persada,
lembut suara penuh santunan,
Dalili Damia pemantun kedua,
Tidak gentar dalam perjuangan.

Anak teruna bersila dilantai,
Menanti saat penuh debaran,
Shahren Mustaffar duduk  bersantai,
Sntiasa bersedia hadapi cabaran.

Gadis idaman Suhaida Supaat,
Wajah berseri menambat hati,
Dialah gadis pemantun keempat,
Penyeri dalam kumpulan kami.

Selesai sudah pengenalan diri,
Semua pemantun sudah dikenalkan,
mengapa harus ditunggu lagi,
gelanggang dibuka ayuh gegarkan.

(Disampaikan dengan lagu dikir puteri )

Tetapi kalian boleh jadi bina dua baris bawah itu mengikut kesesuaian ayat atau kemahuan penyampaian. Dua baris atas (ayat pembayang) itu yang kena kita bina yang agak susah, bila dah dapat pembayang baru mudah kita samakan ayat selanjutnya. Saya lampirkan sedikit ayat pembayang.

Apa guna meraut mengkuang,
Kalau hari masih tengkujuh,

Pagi-pagi menebas belukar,
Anak kedidi berlari-lari.

Bunga Melur dalam jambangan,
Menanti saat penuh debaran,

Anak mudah pulang ke desa,
Ibu dan ayah lama menunggu,

Meniti senja biasan mentari,
Menanti malam biasan rembulan, 

Cantik sungguh si bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya.

Dua baris ayat bawah itu kalian boleh lah gunakan untuk menjadikan kehendak penyampaian. Semoga sedikit memberi buah idea untuk kalian bina pantun iya. Kalah atau menang adat pertandingan yang penting kita mencuba yang terbaik untuk perjalanan perjuangan kita. Akhir kata, 

Langit terang cahaya bulan,
Jangan terlepas walaupun sesaat,
Ilmu dikongsi buat bekalan,
Agar hidup lebih bermanfaat.


2 ulasan: