Watak Utama
Kadangkala kita mengagumi hero dan heroin itu bukan kerana paras rupanya mahupun fizikalnya namun watak yang sedang ditampilkan kepada kita buatkan dia rasa sangat menarik untuk ditontoni kisahnya. Mungkin dari itu memberi impak pada kehidupan kita, dari jalan cerita, wataknya yang disandang atau mungkin situasi yang sama dengan apa yang pernah kita alami di dunia nyata. Watak yang kuat dan dikagumi dibantu dengan emosi yang mendalam, serta konflik yang sentiasa berkembang membuatkan kita terus menerus untuk ingin melanjutkan kisahnya walaupun hakikatnya tidak wujud didunia nyata. Tak semua watak yang ada dalam drama itu kita dapat di dunia nyata, maklumlah kita hanya manusia biasa tak lari dari ketidaksempurnaan manusiawi. Namun kita boleh pelajarinya untuk menjadi versi yang lebih baik dari hidup kita atas pengajaran dalam watak tersebut. Bukan mengharapkan kita menjadi watak utama dalam kisah seseorang namun cukup dalam karya kehidupan kita sendiri.
Ya, tak dinafikan “beauty privilege”atau di kenali sebagai bias daya tarikan itu memberi kelebihan sosial yang diterima oleh seseorang kerana dianggap cantik atau menarik secara fizikal, walaupun rupa paras tidak berkaitan dengan kebolehan, keperibadian atau kelayakan sebenar. Tapi ia memberikan kesan utama untuk mendorong kita terus menonton melanjutkan keperingkat seterusnya. Namun, jika lakonannya lemah atau wataknya tidak berkembang, minat kita selalunya tidak akan bertahan lama. Seperti kehidupan kita memerlukan watak dan rupa paras yang diingini dalam drama namun kita lupa yang itu semuanya adalah fantasi semata-mata, fiksyen yang membuatkan kita khayal untuk seketika. Sebab kita bukannya Nabi mahupun para Rasul. Itulah peranan drama buat kita, yang pasti pengajaran cerita tersebut haruslah diambil dijadikan sebagai teladan.
“ Minat terhadap sesebuah cerita mungkin bermula kerana paras rupa, tetapi selalunya yang membuatkan kita bertahan lama kerana kekuatan watak dan penceritaannya. Ini menunjukkan bahawa beauty privilege boleh membuka pintu, tetapi kualiti cerita dan wataklah menentukan nilai sebenar sesebuah karya ”
No comments:
Post a Comment