MELAYARI PERKEMBANGAN

Kesakitan



Tanpa derita kamu tidak akan semekar ini,
tanpa luka kamu tidak akan sematang ini,
tanpa kecewa kamu tidak akan sesedar ini,
tanpa semua kesakitan ini kamu tidak akan sebergantung pada Sang Pencipta buat dirimu.

Kamu akan sedar dengan segala luka dan kesakitan ini adalah salah satu cara Tuhan menzahirkan kasih sayangNya terhadapmu dan menjauhkan kau dari segala manusia yang cuba untuk menjatuhkanmu tanpa sedar. Biarlah Dia mengambil segala tindakanNya, kerna Dia tahu kamu mampu menghadapi segala kesulitan ini. Dan juga kamu tidak akan mengerti setiap keputusanNya.

Bila kamu suka tidur dalam jangka yang lama itu menunjukkan bahawa sistem saraf sedang kelelalahan dan kepenatan. Kamu memiliki banyak sangat masalah dalam hidup yang membuatkan dirimu berasa penat. Dengan tidur yang lama cara terbaik membuatkan kamu untuk tidak menjadi gila dan tertekan. Jadi kamu berfikir dengan lebih sedikit. Risau akan masalah atau mempermudahkkan pemikiran. Itu adalah tanda awal
DEPRESSI

Pesanku sahabat semua, jangan rasa takut untuk berjumpa dengan psikiatris walaupun simptom itu terasa ringan dan boleh atasi. Percayalah jika berlarut akan menjadi luka yang merebak. Jika tiada keluarga mahupun sahabat yang memahami jangan menghukum mereka, kerna mereka tak akan faham akan situasi anda, dan anda juga tak boleh mengharapkan mereka faham. Jumpa lah dengan psikiatris percaya lah mereka akan beri tangan buat anda. Saya sayang DR saya ;)

No comments:

Post a Comment