Kemarahan mengikut Neurosains dan Islam
Percaya atau tidak jika kita dapat mengawal emosi amarah akan menjadikan kita lebih matang dan awet muda dari usia kita. Mari saya kongsikan melalui neurosains dan Islam.
Pernahkah anda merasakan amarah yang melampau? Ini bukan disebabkan emosi sahaja namun ada perang yang berlaku di pada otak kita. Ia dinamakan sebagai AMYGDALA pada bahagian otak yang mana dia mengesan ancaman. Saat kita merasakan diserang atau terancam kepada pemikiran kita atau meledak ketidakpuasan hati, amygdala ini memicu signal pada otak kita dalam keadaan "fight or flight". Seharusnya amygdala ini dikawal oleh PREFRONTAL CORTEX bahagian otak yang tugasnya untuk berfikir secara rasional namun disaat kita tercetusnya amarah, terjadilah AMYGDALA HIJACK.
Bahagian otak kita iaitu prefrontal cortex telah dikawal oleh reaksi automatik otak apabila rasa terancam, dizalimi atau tidak dihormati. Ia seperti suis lampu yang terpadam saat amygdala hijack berlaku. Jadi kita akan lebih memilih untuk melenting dan menzahirkan kata-kata yang tidak murni disebabkan amygdala hijack tersebut. Dalam Islam tidak dinafikan, sifat amarah itu namun mengawal dan mendisplinkannya adalah cara yang terbaik buat kita. Rasulullah pernah bersabda
"Orang yang kuat bukanlah yang menang bergusti, tetapi orang yang mampu mengawal emosinya", Riwayat Bukhari & Muslim
Ini selari dengan neurosains iaitu menahan diri = prefrontal cortex mengawal amygdala.
Titik persamaan antara Islam & Neurosains adalah syaitan dan amygdala. Islam menyebut "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dicipta daripada api". Dari neurosains pula, marah akan mengakibatkan suhu badan meningkat, hormon adrenalin juga meningkat dan lebih impulsif. Api sebagai metafora kepada "over activation" sistem saraf. Jadi Islam menyarankan kita untuk berwuduk untuk menurunkan aktiviti fisiologi iaitu dipanggil "cooling effect".
Selain itu, diam ketika marah juga salah satu persamaan antara Islam dan Neurosains. Dalam perspektif Islam, jika kita tengah marah, hendaklah kita lebih tenang dan diam. Justeru selari dengan neurosains membuktikan dengan diam dalam jangka 30-90 saat, ianya akan menurunkan aktiviti amygdala dengan efektif. Elakkan dari berkata-kata terlebih dahulu. Di samping itu, posisi badan juga memainkan peranan yang signifikan. Dalam hadis menyebut " jika kamu marah dalam keadaan berdiri duduklah. Jika belum belum reda, berbaringlah". Dari perspektif neurosains pula, perubahan posisi memberi kesan dalam penurunan rangsangan sistem simpatetik. Badan lebih relaks, otak lebih tenang.
Antara teknik untuk mengawal emosi amarah mengikut Islam dan Neurosains adalah istiazah. Beristighfar akan mengaktifkan semula prefrontal cortex pada bahagian otak kita. Selain itu, bernafas dalam 4 - 6 saat. Tarik nafas 4 saat dan menghembus nafas 6 saat akan menenangkan sistem saraf. Akhir sekali, labelkan kemarahan kita seperti " saya sedang marah kerana apa? akan menurunkan aktiviti amygdala sehingga 40%. Jika boleh ditangguhkan tindakkan, jangan menjawab dan jangan membuat keputusan yang melulu lebih baik. Berikan otak kita jeda dalam beberapa minit untuk berfikiran rasional dan matang.
Kesimpulannya, Islam mendidik jiwa kita, manakala neurosains menjelaskan mekanisme otak kita. Kedua-duanya segaris dalam mengawal emosi amarah. Emosi marah itu fitrah,mengawal itu kekuatan dan menzaliminya itu kelemahan.
No comments:
Post a Comment