MELAYARI PERKEMBANGAN

Kata- kata Dusta Manusia Yang Buat Kamu Bahagia



2025 mengajar aku penuh kesabaran untuk mencari semula jati diri ini setelah mengalami kemuraungan dan anxiety. Belajar untuk mengawal emosi dan mengenali semula sikap diri aku yang dahulu ditinggalkan. Seorang yang lebih lantang saat berkata-kata,lebih berani mengeluarkan idea, namun menjadi versi yang lebih baik dan berfikiran terbuka serta matang dalam sesuatu perkara. Iya mungkin agak terlambat untuk disedari namun aku bersyukur diberikan kesempatan olehNya. Biasalah manusia tak selalunya sempurna, dan tak selalunya terbaik. Namun, jadi lah seorang yang "genuine" dalam sesuatu perkara.
Pada akhirnya, sekian lama aku menafikan kehidupan yang baik pada akhirnya aku masih meraihkan kesempurnaanNya. Andaikan ketika itu aku mengalah untuk terus hidup pastinya aku tak akan merasakan sakitnya menjalani kehidupan sekarang. Pastinya aku tak rasa terus sunyi, keseorangan, tak berguna, sentiasa gagal. Kenapa aku terus kuat saat terlantar dan kau sedar sememangnya ajal sedang mengetuk pintu hidup kau, namun kau berdoa agar terus bernafas kerna kau percaya masih ada yang memerlukan kau di atas bumi ini. Tapi, mana semuanya hilang? mana kata-kata untuk buat aku terus hidup dulu? adakah ianya sekadar dusta sahaja? mana sinar. kehidupan yang pernah dijanjiikan dahulu? 

Sekarang itu semua menjadi janji dusta membuatkan aku sakit, sedih, sunyi kembali menghantui roh dan jasad aku. Aku sering membuat “research” bagaimana cara ingin mati tanpa rasa sakit? Bagaimana mahu habiskan hayat tanpa dimasukkan ke dalam api neraka. Ya, azab itu yang membuatkan aku masih lagi bertahan untuk hidup. Bukan lagi kata-kata orang, bukan lagi janji-janji manusia tapi aku cuma takut akan azab sang Pencipta. Tanggungjawab tubuh dan roh yang telah di amanakan untuk menjaganya. Andailah bunuh diri itu bukan dosa jujurnya aku akan tinggalkkan dunia yg tiada ruang buat aku ini. 

“Hidup pun merana, mati pun sengsara”

No comments:

Post a Comment