
STUDY JOURNEY
Hi guys, rindu admin tak? Hari ini baru tergerak hati nak update story pada tahun ini 2016. First of all, sekarang admin nak update pasal perjalanan kehidupan di universiti. Alhamdulillah, seperti yang dijangka admin tak dapat memilih kos yang admin mahukan. Hanya patut dengan keputusan keluarga sahaja. Seperti biasa hidup patut di teruskan dan mencuba untuk menempuhinya. Tetapi saya dikurniakan sahabat yang memahami, bertolak ansur, dan menyayangi. Sekarang saya dah semester 4, Business Study dekat UiTM Kedah. So, perjalanan kehidupan belajar amat memerikkan, melainkan korang tu anak dato, tan sri, and so on. Memang tak rasa susahlah belajar kan.
Semester ini, saya agak struggle sikit nak meneruskan pengajian. Almaklumlah, student tak cerdik mcam saya ni. Tak selalu achieve pointer. maka, berkerjalah saya sambil belajar. Apa kena mengena dengan friendship goal. Alhamdulillah, dlm kesusahan menghadapi liku kehidupan, sahabat juga faktor penting untuk lebih bersemangat. Bila selalu sedih, tak kuat hadapi dugaan, ibu bapa adalah penawar dengan bebel dia, nasihat dia yang menjela-jela, dan so on.
Dugaan berkerja lain, dugaan belajar lain. Tambahan pula, sekarang dah kena sewa rumah. Costing pun lagi tinggilah. Dugaan mematangkan pemikiran, menabahkan hati, lebih banyak bersabar, dan fokus pada penyelesaian masalah. Ya, semua orang boleh beri pendapat, tak semua mampu hadapi.Tapi percayalah walaupun keadaan berbeza, tapi solusi penyelesaian adalah sama. Okey lah itu sahaja nak share pada pembaca setia blogger aku, harap sedikit sebanyak ilmu dapat dikongsi, serta diguna pakai. Klau mahu TRICK hadapi masalah pasal belajar, kerja boleh kontak admin. 1001 alasan boleh diguna pakai.
Semoga dengan semua kenangan ini mampu mengajar aku untuk lebih dewasa dan mengenali diri untuk lebih kuat dalam hadapi apa juga dugaan dan halangan dalam menepuhi alam pekerjaan nanti. Walaupun jatuh; bangun dan terus bangkit dengan senyuman untuk merasakan semuanya akan baik-baik sahaja. Dont forget to visit my instgram https://www.instagram.com/adlrzly/ .
Hai apa yang anda lakukan untuk sambut Hari Kemerdekaan. Sejujurnya aku faham dengan semangat anda semua untuk menyambut Hari Kemerdekaan tersebut. Tetapi, aku paling benci akan sambutan yang pihak atasan buat. Apa tujuan KONSERT ? tukarkannya kepada Ceramah Hari Kemerdekaan.Tukarkannya kepada Doa Selamat buktinya bersyukur atas nikmat kemerdekaan serta doa buat pejuang negara dan bangsa. Tolong lah sedar pihak atasan jangan habiskan duit dan masa untuk menanti malam ni dengan pergaulan bebas dan melalak dengan benda yang mereka fikir itu erti MERDEKA. Apa salahnya kalau kita buat rumah terbuka atau kenduri doa selamat untuk semua lapisan generasi tanpa mengenal erti bangsa dan kaum. Ya, aku tak hiraukan jika anda mahukan laungkan lagu semangat untuk mengenangkan
perjuang yang terkorban dan detik manis pahit pejuang serta pemimpin untuk kecapi KEMERDEKAAN.
Aku suka tema KEMERDEKAAN tahun ni " Di Sini Lahir Sebuah Cinta" Dari cinta pejuang akan negaranya membuatkan kita MERDEKA. Begitu juga dari pemimpin kita yang berusaha kecapi KEMERDEKAAN tersebut, Maka dengan ini, aku bangga menjadi anak MALAYSIA. Bersyukur kerana dilahirkan dari kecil dengan kebebasan di Malaysia. Dan dengan coretan ini saya mohon agar pihak atasan kemukakan idea saya untuk KEMERDEKAAN yang ke-58. Serta saya harap rakyat MALAYSIA sedar atas berkat KEMERDEKAAN kita harus bangkit dan maju di aras pemodenan negara. Dan aku mahukan MALAYSIA akan menjadi NEGARA BEBAS DARI KEMISKINAN. Aku mahukan NEGARA berdiri diatas kaki rakyat yang berkualiti.Dan kepada pemimpin asas utama adalah KEJUJURAN dan SIMPATI kepada negara. Ingat tanggungjawab itu dituntut diakhirat kelak. Tanggunglah :) saya kemukakan ini atas buah fikiran saya.
SELAMAT HARI MERDEKA :)
Hye :) lama nya tak update blogger ni.. Maaf lah agak sibuk sedikit dgn nak cari kerja utk byar hutang lagi.. Ya Alhamdulillah, result SPM saya bolehlah untuk melanjutkan pelajaran, 3A 4B+ 1C+ 2D . Okey lah kan Hahahaha.. By the ways, anda semua sihat?? Just nak share pasal kata-kata bidalan orang dulu pasal :-
" Orang yang patut dibanggakan adalah orang yang berani meneruskan hidup, bukan berani utk mati "
Sebab hidup lagi sukar dari mati..mati sukar sekiranya kurang iman dihati..[TARBIYAH DIRI] Sejujurnya, lepas study ni terasa lah susahnya nak hadapi hidup ni walaupun disokong oleh keluarga.. Terasa mcam xsanggup nak hadapi lagi hidup ini.. Sukar untuk dijangkakan.. Ya saya muda lagi tapi terasa banyak sangat beban nak saya pikul. Banyak juga benda yang menjadi larangan untuk saya ikut. Dahulu masa kecik rasa ingin cepat jadi dewasa, tapi bila dah remaja terasa ngeri untuk hidup sebagai dewasa. Banyak keputusan yang perlu dibuat, bnyak bantanan yang perlu diakuri. Teruskan berjuang je wahai diri.
Rindulah dengan someone..hahaha dia mkin dekat dengan aku :) happy2 jugak..Permohonan UPU tak submit lagi..arghh banyak nya rintangan nak ambik kos ap?? dekat mana?? dengan siapa?? haa dengan siapa tak penting.. Apa kata anda semua kalau aku ambik kos "CULINERY ARTS" tapi ramai yang tidak setuju lah dengan kputusan yang aku buat..sekarang aku rasa malas untuk belajar lah..just nak buat kemahiran je :) Langkah pertama kehidupan pun masih bergoyang lutut untuk melangkah apatah lagi menjadi dewasa dengan keputusan hidup. Tak salah kan untuk kita mencuba asal,walaupun gagal tetap berdiri dan bangkit untuk teruskan kehidupan perlu diterus selagi nafas masih ada. tetap perlu harungi.