
Tanpa derita kamu tidak akan semekar ini,tanpa luka kamu tidak akan sematang ini,tanpa kecewa kamu tidak akan sesedar ini,tanpa semua kesakitan ini kamu tidak akan sebergantung pada Sang Pencipta buat dirimu.
Kamu akan sedar dengan segala luka dan kesakitan ini adalah salah satu cara Tuhan menzahirkan kasih sayangNya terhadapmu dan menjauhkan kau dari segala manusia yang cuba untuk menjatuhkanmu tanpa sedar. Biarlah Dia mengambil segala tindakanNya, kerna Dia tahu kamu mampu menghadapi segala kesulitan ini. Dan juga kamu tidak akan mengerti setiap keputusanNya.
Bila kamu suka tidur dalam jangka yang lama itu menunjukkan bahawa sistem saraf sedang kelelalahan dan kepenatan. Kamu memiliki banyak sangat masalah dalam hidup yang membuatkan dirimu berasa penat. Dengan tidur yang lama cara terbaik membuatkan kamu untuk tidak menjadi gila dan tertekan. Jadi kamu berfikir dengan lebih sedikit. Risau akan masalah atau mempermudahkkan pemikiran. Itu adalah tanda awal
Pesanku sahabat semua, jangan rasa takut untuk berjumpa dengan psikiatris walaupun simptom itu terasa ringan dan boleh atasi. Percayalah jika berlarut akan menjadi luka yang merebak. Jika tiada keluarga mahupun sahabat yang memahami jangan menghukum mereka, kerna mereka tak akan faham akan situasi anda, dan anda juga tak boleh mengharapkan mereka faham. Jumpa lah dengan psikiatris percaya lah mereka akan beri tangan buat anda. Saya sayang DR saya ;)
Kadangkala kita mengagumi hero dan heroin itu bukan kerana paras rupanya mahupun fizikalnya namun watak yang sedang ditampilkan kepada kita buatkan dia rasa sangat menarik untuk ditontoni kisahnya. Mungkin dari itu memberi impak pada kehidupan kita, dari jalan cerita, wataknya yang disandang atau mungkin situasi yang sama dengan apa yang pernah kita alami di dunia nyata. Watak yang kuat dan dikagumi dibantu dengan emosi yang mendalam, serta konflik yang sentiasa berkembang membuatkan kita terus menerus untuk ingin melanjutkan kisahnya walaupun hakikatnya tidak wujud didunia nyata. Tak semua watak yang ada dalam drama itu kita dapat di dunia nyata, maklumlah kita hanya manusia biasa tak lari dari ketidaksempurnaan manusiawi. Namun kita boleh pelajarinya untuk menjadi versi yang lebih baik dari hidup kita atas pengajaran dalam watak tersebut. Bukan mengharapkan kita menjadi watak utama dalam kisah seseorang namun cukup dalam karya kehidupan kita sendiri.
Ya, tak dinafikan “beauty privilege”atau di kenali sebagai bias daya tarikan itu memberi kelebihan sosial yang diterima oleh seseorang kerana dianggap cantik atau menarik secara fizikal, walaupun rupa paras tidak berkaitan dengan kebolehan, keperibadian atau kelayakan sebenar. Tapi ia memberikan kesan utama untuk mendorong kita terus menonton melanjutkan keperingkat seterusnya. Namun, jika lakonannya lemah atau wataknya tidak berkembang, minat kita selalunya tidak akan bertahan lama. Seperti kehidupan kita memerlukan watak dan rupa paras yang diingini dalam drama namun kita lupa yang itu semuanya adalah fantasi semata-mata, fiksyen yang membuatkan kita khayal untuk seketika. Sebab kita bukannya Nabi mahupun para Rasul. Itulah peranan drama buat kita, yang pasti pengajaran cerita tersebut haruslah diambil dijadikan sebagai teladan.
“ Minat terhadap sesebuah cerita mungkin bermula kerana paras rupa, tetapi selalunya yang membuatkan kita bertahan lama kerana kekuatan watak dan penceritaannya. Ini menunjukkan bahawa beauty privilege boleh membuka pintu, tetapi kualiti cerita dan wataklah menentukan nilai sebenar sesebuah karya ”
2025 mengajar aku penuh kesabaran untuk mencari semula jati diri ini setelah mengalami kemuraungan dan anxiety. Belajar untuk mengawal emosi dan mengenali semula sikap diri aku yang dahulu ditinggalkan. Seorang yang lebih lantang saat berkata-kata,lebih berani mengeluarkan idea, namun menjadi versi yang lebih baik dan berfikiran terbuka serta matang dalam sesuatu perkara. Iya mungkin agak terlambat untuk disedari namun aku bersyukur diberikan kesempatan olehNya. Biasalah manusia tak selalunya sempurna, dan tak selalunya terbaik. Namun, jadi lah seorang yang "genuine" dalam sesuatu perkara.Pada akhirnya, sekian lama aku menafikan kehidupan yang baik pada akhirnya aku masih meraihkan kesempurnaanNya. Andaikan ketika itu aku mengalah untuk terus hidup pastinya aku tak akan merasakan sakitnya menjalani kehidupan sekarang. Pastinya aku tak rasa terus sunyi, keseorangan, tak berguna, sentiasa gagal. Kenapa aku terus kuat saat terlantar dan kau sedar sememangnya ajal sedang mengetuk pintu hidup kau, namun kau berdoa agar terus bernafas kerna kau percaya masih ada yang memerlukan kau di atas bumi ini. Tapi, mana semuanya hilang? mana kata-kata untuk buat aku terus hidup dulu? adakah ianya sekadar dusta sahaja? mana sinar. kehidupan yang pernah dijanjiikan dahulu?
Sekarang itu semua menjadi janji dusta membuatkan aku sakit, sedih, sunyi kembali menghantui roh dan jasad aku. Aku sering membuat “research” bagaimana cara ingin mati tanpa rasa sakit? Bagaimana mahu habiskan hayat tanpa dimasukkan ke dalam api neraka. Ya, azab itu yang membuatkan aku masih lagi bertahan untuk hidup. Bukan lagi kata-kata orang, bukan lagi janji-janji manusia tapi aku cuma takut akan azab sang Pencipta. Tanggungjawab tubuh dan roh yang telah di amanakan untuk menjaganya. Andailah bunuh diri itu bukan dosa jujurnya aku akan tinggalkkan dunia yg tiada ruang buat aku ini.
“Hidup pun merana, mati pun sengsara”